Tuesday, May 22, 2012

home sweet home....

assalamualaikum


mungkin tajuk di atas terlalu awal bagi aku untuk melafazkan home sweet home. tapi, bagi mereka yang memang excited gila nak balik, akan dicanangkan kisah itu kepada seantero dunia. motif, bagi mewujudkan kejelesan di mata pihak orang lain. *aku balik, kau x balik kan*

tapi, kitorang *merangkap nina, qila, abil dan zaty* haruslah kena balik... yup, kami semua balik. buat cuti sendiri disebabkan cuti minggu belajar baca:study week sudah semakin tidak wujud di alam uum ni. apekah? mungkin pihak pentadbiran mempunyai pemikiran bahawa pelajar mereka sentiasa belajar. mungkin...

ah, lupakan tentang mereka. yang penting, hari ni saya balik.owh, merindukan masakan ibu, gelak tawa bilqis dan mereka yang berada di rumah sudah cukup membuatkan hati ini tidak sabar untuk pulang. tapi... meninggalkan encik benji keseorangan bersama sahabat dan assignment membuatkan hati ini berat juga sebenarnya.

assignment 5 lagi yang perlu dihantar. tapi pulang kerumah merupakan tuntutan yang sangat wajib.
encik benji hantar saya ye nanti...

sekian.

p/s: selamat berpuasa semua. hari ini 1 rejab taw...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShoutMix chat widget