assalamualaikum
apabila seseorang mula mengatakan penat, ini tidak bermakna dia sudah pasrah dengan apa yang terjadi. cuma dia mahu melepaskn beban sebentar dan mengumpul balik kekuatan untuk teruskan kembali lakonan dalam kehidupan ini.tidur tanpa kata-kata dari kamu memebuatkan hidup aku terasa semacam sesuatu yang pelik. tapi, kerana terlalu penat, aku abaikan dan terus tidur dalam keadaan penat dan pelik.
mendapat khidmat pesanan ringkas yang mengatakan bahawa ketiadaan mood baca:emosi merupakan satu alasan bagi aku. aku tidak mahukan diriku sebagai tempat dimana melepaskan lelah dan mengisi masa lapang dan akan bepergian setelah memperoleh apa yang di inginkan.
aku mahukan diriku dijadikan tempat mendengar, tempat rujukan dan tempat untuk sama-sama mengharungi kehidupan yang makin sukar dan rumit ini. mungkin kebaharuan dalam perhubungan membuatkan aku masih tidak kenal siapa diri engkau sebenarnya.
kadang-kadang terdetik sejenak bahawa cinta selepas kahwin itu lagi indah dimana wujud perkataan halal yang lebih meredhokan hubungan tersebut. tapi aku menemui cinta sebelum perkahwinan dimana halal nye belum masih wujud lagi. ya, kita tidak boleh paksa untuk seseorang mencintai kita dan kita tidak boleh marah mahupun benci kepada seseorang yang tidak menyukai kita. kerana masaalah hati ini terlalu rumit.
sila jujur dengan aku wahai pemegang hati ini. jangan biarkan aku membuat lawak sehingga nampak terlalu bodoh. jujur sahajalah tentang dirimu.
p/s: aku sudah belajar bagaiman untuk cuba merendahkan ego, memujuk dan segalanya untuk membuat sesuatu hubungan itu jernih. maaf sekiranya tidak nampak seperti yang aku katakan kerana aku masih di tempoh pembelajaran.
No comments:
Post a Comment